DETIK BERHARGA

Thursday, June 22, 2006

9 jun -12.45 pm –

Aku masih lagi berharap, berdoa dan menanti agar penantianku ini segara, mudah dan diredhai untuk sampai ke penghujungnya.
Hari ni memang bersiap awal-awal pagi sebab ada aerobik dengan Wanita Desa Saujana(wadina). Akak-akak (ada yang boleh makcik-makcik) sangat mantap, mula pukul 7.40 am sampai 9.00 am, itu pun kami minta diri..Banyak la jugak step yang dia ajar, tapi perkataan baru yang aku tak dapat lupa “kemut’(wondering what is it???). Seriuosly, kalau orang yang tak biasa bersenam komfem tercunggap-cunggap aerobik dengan derang. Lepas tu ada gotong-royong pulak, dah penat-penat tu sampai je kat surau, ikhwah hulurkan air teh yang panas(tapi tak berapa boleh minum). Tapi minum la jugak air tu sementara dengar orang brief tentang gotong-royang. Tapi waktu tu sangat lapar, dalam hati dah berharap supaya ada miracle, konon-konon macam ikhwah paham yang kitaorang ni lapar. Tapi harapan hanya tinggal harapan, kenelah keluar kejap beli kuih untuk mengisi perut yang teramat lapar, kalau tak buat kerja macam orang tak makan. Akhawat kene bersihkat pusat sumber, letak karpet, susun meja, basuh toilet dan banyak lagi. Tapi yang tak pernah terlintas dek hati sebelum tu ialah mengangkat almari buku(lebih kurang macam kat library universiti) tu dan letak balik kat tempatnya sebab nak pasang karpet. Agak banyak la jugak, dalam lebih kurang sembilan(rasanya). Waktu ‘menggerakkan’ almari tu ada la jugak yang berdarah, ada yang tersepit kaki..(hebat sebenarnya akhawar-akhawat ni). Bila dah penat tahap maxima, aku pun menyanyi untuk naikkan semangat “darah yang mengalir membasahi bumi bukti penggobanan mujahid sejati, kerna kecintaan semua dikorbankan itulah rentak hidup pejuang” dan “ peluh dan darah yang tumpah ke bumi tidak percuma(yang ni tak brapa ingat sangat)”. Lepas siap semua kitaorang makan, ada roti, kuih dan bihun goreng yang ikwah masak(yang jadi isu utama kat BI malam sebelum tu)sambil ta’aruf dengan akak-akak tu. Simpelka laki selesaikan masalah. Bihun tu habis sebab akhawat semua tengah lapar-lapar. Sampai akak-akak tu pun kata “ wow ni bihun yang anak teruna masak ni, kene makan ni”. Besar jugak impact dia kalau ikhwah ni masak kan??(tak pasti). Apa rasa agaknya bihun ikhwah tu? Oklah (maaf aku bukan orang yang boleh memberi klasifikasi yang baik dan tepat). Boleh la dapat A atau A- (kot)untuk masakkan seorang lelaki. Kenapa ek kalau ikhwah masak macam glamour sikit? Sebab memasak tu dah sinonim dgn akhawat, so macam tak lah interesting sangat kalau kata akhawat masak, walaupun segelintir tu tak la berapa pandai sangat masak(tapi yang pasti takde lah makan ikan kering). Balik lepas gotong-royong akhawat balik rumah, lepas khidmat diri, satu rumah ‘flat’, sampai bangun pun mamai. Petang ni kami kene buat khidmat masyarakat dari rumah ke rumah pulak..(takde la menyeronokkan sangat kot). Petang tu ada kereta yang sister pakai tak boleh start enjin(dahla satu kereta clush haus), lepas maghrib kitaorang berempat tolak kereta tu dalam area-area rumah ni jealah(macam tak percaya!). kereta akan boleh start selepas ditolak.(nape ntah?)
Mula-mula rancang nak bawak jea kereta tu pergi isi minyak, lepas syura kami sepakat tanya pak cik dulu. Tapi dia takde kat situ, so yang ade brothers jealah.
lepas tu ada comunication dengan ikhwah:
(comunication ni lebih kurang je, boleh ‘record’ apa yang sister cakap je sebab tak tau apa yang brother cakap)
1st call
sis: kami kat jalan yang gelap ni
sis: bro kereta ni dia boleh start biler kitaorang tolak jea. Macammana yea?
sis : rasa bukan bateri sebab lampu tertutup.
sis : kalau kami bawak kereta ni sampai stesen minyak sempat tak sampai?
bro: komfem tak sempat.
sis : ade je botol. Guna botal mineral boleh?


sis : boleh tak botol tu ada air cikit?
bro : boleh. Tapi goncang-goncang la botol tu. Korang katne tu?(bro dah risau kot)
sis : ada kat rumah. Tadi tu kat depan rumah sebab kat tengah-tengah jalan dan jalannya gelap pun.

Lepastu timbul pulak teori petrol mengakis.

sis : bro boleh ke guna guna botol meneral ni. Tak mengakis ke?
bro : tak...ana pernah cuba. Percayalah pada ana

(lepas tu tak tau apa yang dibincangkan)
Sister tu pun cerita kat kami dengan muka yang sangat malu..kami pun apa lagi ketawalah , sampai sakit perut dibuatnya. Sejak dari tu ada treatmark baru untuk bi “percayalah..”.
Inilah kenengan misi setelah kami seminggu disini. Takpe nanti kami belajar camne nak servis kereta eh(sebab it is salah satu modul dalam misi). Jangan marah eh ikhwah dengan soklan-soklan jahil akhawat ni..
Balik saje lepas perkongsian khidmat masyarakat tu, akhawat prepare untuk tidur dan mereka menjadi mujahidah yang telah berjuang all out pagi tadi.

12 jun

Masaku yang agak padat disini menyukarkan aku untuk terus menilai dan mencari penyelesaian bagi salah satu masalah terbesar sebagai sister. Namun, aku tahu setiap individu akan melalui saat ini. Pagi ni ada comperative realigion(CRC). Kebanyakkan akhawat syahid time tu, sebab malam sebelumnya kami merasmikan Baitul Islah 2 dengan membaca al-baqarah, sampai ada yang pergi basuh muka sebab sangat ngantuk. Aku time crc tu 2 minit segar, 20 minit tidur balik. Tak boleh nak buat pape, penat tukar posisi. Time yang paling sangat segar, time lagi 10 minit nak balik. Malam tu sepatutnya ada public speaking, tapi ditukar dengan pengisian oleh Dr har. Semua orang rasa macam selamat kejap. Sepatutnya untuk public speaking kami kene prepare untuk debat, semua orang macam mengeletat sebab takut.

11 jun

Dari pagi sampai petang aku belajar cara nak mengingat dengan mudah. Baru aku sedar kini, aku sebenarnya tak berapa suka nak ingat nombor. Tulah sebab nombor plat kereta ayah susah nak ingat sampai sekarang. Tengah hari tu speaker tu minta untuk mula awal, tapi kalau akhwat balik paling awal sampai dewan balik dalam pukul tiga. Aku dah risau dah, sebab perut dah lapar sangat. Mula-mula mintak brothers masak, tapi derang macam berat je(kan memasak tu kan penat!). Ada yang cadangkan kami makan roti, roti pun rotilah..Tak kisah je, janji perut tak menyanyi. Lepas makan(cukuplah untuk isi perut) dan solat. Tiba-tiba ikhwah datang dewan bawak nasi dan lauk. Masa tu rasa sangat seronok(sebab perut agak lapar la jugak). Malam ini aku sedar bahawa aku ini sesungguhnya seorang yang sensitif yang tidak diketahui, dan yang pasti tak siapa yang akan mengetahuinya, sebab akulah perahsia terulung dunia. Serta tak dapat dinafikan kadang-kadang aku seorang pendendam yang hebat. Namun kadang-kadang kene jugak belajar untuk melawan perasaan itu, tetapi biasanya kita akan kalah jikan berlandaskan emosi(senang jealah nak cakap, praktikalnya..Hanya Allah yang tahu). Orang kat sini kata “u should know ur friends better during this program” but apa yang aku dapat ialah aku lebih mengenali siapa diriku yang sebenarnya. I’am my self and I just want to be me(kerana aku tidak mahu mengalami kesengsaraan untuk berpura-pura menjadi orang lain). Teringat cerita dalam “la tahzan”, anda adalah seorang yang unik, tak pernah ada insan seperti anda sejak dari kelahiran adam hingga kini.

8 jun -8 am –

Hari ini aku masih lagi berada pada checkpoint yang sama dalam misi pencarianku. Moga esok akan membolehkan aku memjumpai jawapan-jawapan yang seterusnya...sesungguhnya aku masih lagi menanti dengan setia. Kita adalah duat yang setiap apa yang kita lakukan akan mempengaruhi perjalanan dakwah. Naik kita akan naiklah dakwah, turun kita maka turunlah dakwah. Kita ini jalan seiring dengan dakwah. Sesungguhnya tiada kerehatan untuk orang yang punya maruah agama. Ayat yang selalu keluar dari mulut sebahagian speakrs disini, tentang isu pembinaan baitul muslim dan baitul dakwah antaranya “kalau boleh biarlah baitul dakwah yang terbina nanti dikalangan ikhwah dan akhawat”(lebih kurang macam tulah..sampai dah hafal). Lepas tu belajar cpr dan first aid, nasib baik takde patung kalau tak habisla kena buat cpr..(tak sanggup lagi rasanya mengulangi sejarah dalam pbsm bersama patung tu ). Maghrib kami buka bersama-sama, lauknya sayur dan puding sister masak, ayam masak kicap dan keropok (yang digoreng dengan minyak ayam) brother masak. Semua lauk-lauk tu sedap...Plannya malam tu kami patut balik dan ada simple modul kat rumah sebab petang tu tak balik mandi, tapi tiba-tiba ada pengisian pulak kat balai raya. Memang mencabar sungguh malam tu, dengan tak mandinya, dengan rimasnya, tapi apa boleh buat ‘sarung’ jelah. Bak kata orang, duat ni mesti bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Cuba bayangkan tiba-tiba ada seruan jihad fisabilillah lawan gan amerika takkan nak fikir dua tiga kali kot??(gara-gara terpengaruh dengan 1514 hijrah {faizal tehrani}).

7 jun – rabu- 1.40 am

Tadi ada talk tentang ‘usul ‘ishrin oleh ustaz Alias. Kami bisa habiskan 20 ‘usul dalam 3 jam(wow..ala pembentangan je). Awal-awal tu boleh la bawak mata ni, tapi bila dah hujung-hujung tu banyak sanyak ‘general’ yang diutuskan untuk aku, akhirnya aku jadi diantara orang-orang yang ‘syahid’ dan rugi. Petang belajar jahit, mula start dengan potong(kalau tak potong nak jahit apa!)dan potong bajulah yang paling mencabar sekali, belajar potong baju kurung, jubah, mini jubah (wa..menyesalnya tak minta ibu ajarkan menjahit). Lepas ni boleh hantar jahit tepi dan boleh jahit (wow tak sabarnya!! ). Baru tadi ada discussion dengan ikhwah camne nak baiki program ni agar menjadi lebih baik...dan telah diputuskan esok kami akan puasa dan buka sama-sama serta masak sama (ikhwah masak sikit, akhawat masak sikit, tak sabar rasanya nak tunggu buka esok). Teringat zaman sekolah dulu, bila ada program dimana ikhwah kene masak(i’dad duat kat hira’). Sedapla jugak derang masak time tu, tapi...ikan yang derang goreng jadi kering sangat...itu pun ade mu’allimah yang tengok, kalau tak, tak tau apa yang jadi(husnu dzan ok...)tapi jangan main-main biler derang dah pandai masak, kekadang sampai boleh kalahkan akhwat. Apa pun yang kita buat sebenarnya ia banyak memerlukan imaginasi dan kreativiti macam masak(campak-campak terus jadi??) dan menjahit. Sebenarnya menjahit tu bila nak potong tu semua lebih kurang sama(pandai-pandai la alter ikut apa yang naka kita nak buat).

6 Jun – selasa

We are the chosen one...Allah telah tetapkan sejak azali lagi kitalah orang-orang yang bakal mengendong dan mewarisi jalan dakwah ini. Jalan yang telah diterokai oleh orang-orang yang terdahulu, kita cuma tinggal lalu dan memperbesarkan jalan yang telah diterokai oleh mereka. Duat tak punya masa yang banyak untuk membuat pilihan terlalu panjang, cukuplah sekadar melalui perjalanan yang diatur untuk kita(tapi ubahlah ikut yang sesuai gan kiter). Time sekolah dulu pernah seorang mu’allim bagitahu “orang yang sibuk ialah orang yang punya matlamat yang besar”. Slot pagi dan malam diisi oleh ustazah Arfah(atau makcik..sama je!).
Dia bercerita tentang dakwah dan pembina daulah untuk mengesap mardhotillah(MA) dengan kewujudan individu muslim, keluarga muslim(keluarga dakwah), masyarakat muslim dan daulah islamiyah..
Kita adalah seorang duat dan lakukanlah sesuatu supaya orang disekitar kita memahami apa yang kita perjuangkan(supaya memudahkan tugas kita kelak).
Diri kita ini adalah milik dakwah bahkan ibu dan ayah kita, keluarga kita, suami/isteri kita, dan anak-anak kita kelak juga milik dakwah. Sesungguhnya ini adalah perniagaan yang telah Allah berikan pada kita, dimana tiada kerugian dalam perniagaan ini(hanya untung je..Sape yang tak nak memang ‘skru longgar’). Sesungguhnya hidayah itu hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita, garablah ia sekuat-kuatnya supaya ia tidak terlepas, kerana hidayah takkan datang untuk kali kedua.

Isnin – 5 jun 06-

Aku masih menantikan saat bilakah akan berakhirnya penantianku yang satu ini..(penantian itu membawa berjuta penyeksaan, tapi kena sabar eh..).
After this insyaAllah i will remember(sampai Allah takdir aku melupakan) Ustaz Kamarul Salam. How can i discribe him?
Fizikal? Ada hidung, mulut, tangan and everything(he..he). Oklah, he is smart(tapi fizikal bukan yang utama, yang penting fikrah mesti perkasa, kalau hensem tapi fikrah takde, buat ape!). Dia seorang yang lawak(lawak die memang real giler, gelak sampai nampak anak tekak) tapi biler dia cakap atau tegur memang terasa giler(makan dalam!!Rasa macam ‘berdarah-darah’). Actually i learn new word from him ‘siang’ , ‘malam’ dan yang sewaktu dengannya(tapi hanya guys yang pergi misi jelah yang tahu). Hati umpama generator untuk badan kita. Kalau hati rosak hancur yang lain(hampeh tak boleh pakai)..Imam Syahid Hassan Al-banna kata “kita ini umpama orang yang meraba didalam gelap untuk mencari cahaya sedang suis itu berada dihujung jari sahaja, dan suis itu adalah Al-quran”. Hassan al-Banna pernah ditanya kenapa dia tidak menulis and dia cakap “ aku tak mahu menulis dibuku kerana ia kaku dan tidak bergerak tapi aku mahu menulis dihati kerana hati itu hidup dan bergerak serta mampu mengubah dunia”.
Kita sebagai duat seharusnya membaca dan menhayati Al-quran dengan hati bukan akal semata-mata. Kita seharusnya serius dalam berdakwah dan pastikan setiap gerak geri kita menghasilkan sesuatu untuk dakwah. Time seronok, seronok jugak , time dakwah kene serius.

Ahad - 4 Jun- 12 mlm

Aku kini telah melepasi check point pertama dalam kembara pencarianku, tapi aku tak pasti berapa banyak lagi check point yang perlu kulalui untuk sampai ke penghujungnya.Ya Rabbi kau redhailah perjalanan hidupku dan kau permudahkanlah pengembaraanku ini(walaupun ku tahu hidup ini mulanya dengan kesukaran...Ape ingat senang ke ibu kita nak lahirkan kita semua!). Mulai saat ini aku terpaksa memberhentikan pengembaraanku buat sementara waktu(Wa..sedihnya). Pagi tadi ada slot perkongsian mengenai dakwah di Indonesia. Aku mulai mengenal seorang tokoh namanya Aa gym(maaf nama panjang tak ingat dan tak berapa rajin nak bukak buku..). Then after that i realize that dakwah is very simple and it start from simple things.Dakwah is not what u said but Dakwah is more on what u do..because ur Action speak lounder than your word. Pastu kami belajar pasal nutrisi(memang banyak cengkadaknye, But kita perlu jasad yang sihat untuk menjadi pewaris dakwah ini) paling penting makanlah makanan yang sesuai pada masa yang sesuai..(kasihanilah perut kita kerana ia telah lama berbakti pada kita). Bila kita kenal kejadian diri kita maka kita akan kenal khaliq dan kita akan merasai betapa indahnya islam yang kita anuti ini.

Sabtu – 3 Jun 2006-

Hari ni pencarianku masih belum ku temui jawapannya..Ya Allah kau temukanlah jawapan untuk pencarianku yang sulit ini..(Ameen).
Hari ni ada ke sesuatu yang menyeronokkan? Setiap hari pasti ada sesuatu yang mengetuk pintu hati kita! Percayalah!(itu pun kalau rajin merenung dan menilai). Hari ni aku merasa betapa penatnya memunggah barang untuk berpindah, baru tahu beratnya peti sejuk tu...
(ini baru untuk sebulan!) dan hari ni ukhwahfillah telah membuktikan bahawa itulah ikatan yang paling suci kerana ia bisa melahirkan insan yang bisa berkorban demi sahabat walaupun dia tahu kesukaran bakal mengundang untuk dirinya.

Jumaat -2 Jun 2006-

Mukhayam Intensif Siswa-siswi [Misi`06]
(kan bagus kalau dapat masukkan logo misi !)... Macammana aku boleh berada disini?
Dipaksa? Tidak sama sekali. Disuruh? Mungkin lebih sesuai. Kerana duat tak punya masa lagi, banyak lagi islah dan cukuplah sekadar melangkah dengan jalan yang telah disediakan.Tanpa sebarang keraguan, aku bersetuju untuk menyertai misi ni. Kenapa? Bayangkan U belajar 40% about life in a month. Wow!(I hope i have a better word to describe my feeling).
Aku berharap aku dapat mengutip sebanyak mungkin ‘Mutiara-mutiara Hidayah’ untuk menjadi bekal ‘Di sepanjang Jalan Dakwah’.
Dan aku amat berharap selepas tamat Misi ini aku mendapat jawapan terhadap ‘pencarianku’ yang akan menentukan masa depanku dan masa depan perjalanan dakwahku.
INSYAALLAH..